Helai-Helai BayanganMu

Berkawan helai-helai bayanganmu
Bermesra kala duka bila rindu
Bermimpi bulan bintang matahari
Berlamun wajah cantik dan berseri

Berkata dalam hati tetap cinta
Membisu seribu bahasa tak terkata
Asmara di dada tetap bersemi
Membara bagaikan duri dan api

Sepanjang lorong gelap dan gelita
Ku nanti wajah ayu dan jelita
Aku berkawan
Helai-helai bayanganmu

Words and Song by:
Ali Sobree
January 1981 Kuala Lumpur


Helai-Helai BayanganMu Alternate Version 1994