Yang Hanya Satu

Tahukah kau jika aku ini pohon
Telah lama aku mati kelayuan
Tahukah kau jika aku ini embun
Telah lama aku hilang dalam kegersangan
Tetapi aku ini seorang pahlawan

Biar luka hatiku ditembus peluru
Biar retak seribu dada juga jantungku
Biar hancur luluh tulang-tulang tubuhku
Namun aku masih jua perwira hatimu
Yang satu oh yang hanya satu

Halalintar guruh petir atau letupan
Perang dunia ketiga pun aku tak peduli
Apa lagi gunung ganang atau lautan
Semuanya aku rentas dan aku renangi
Kerana dirimu yang hanya satu

Halalintar guruh petir aku tak peduli
Perang dunia ketiga pun tiada ku takuti
Gunung-ganang jurang lautan akan ku renangi
Semuanya segalanya kerana dirimu
Kerana dirimu yang hanya satu

Words and Song by:
Ali Sobree
October 1984 Kuala Lumpur