Bila Cemburu Memburu

Termangu aku di tengah kesesakan kota
Terguris senja oleh sebuah cerita
Kelam hatiku dilanda cemburu buta
Ternoda jiwa oleh kerana mata

Di sudut sana aku terpandang dia
Berlalu pergi bersama arjuna hatinya
Hangus terbakar nirwana yang penuh bunga
Gersang dan tandus mengeringkan airmata

Betapa mesra dia bersamanya
Melangkah pergi memburu asmara oh
Tinggal daku di sini sendiri
Berteman dengan mimpi-mimpi

Musnahlah sudah akan segenggam bahagia
Hilang seperti embun diserap mentari
Bila cemburu memburu segenap jiwa
Lukalah cinta yang suci dan abadi

Words and Song by:
Ali Sobree
June 1984 Kuala Lumpur