Tu-Tup!!

FX : Door knocks
VO : Hoi! Siapa ketuk pintu ha?
FX : Door opens
VO : Hey! Jangan buka! Merbahaya!
FX : Door closes – Footsteps getting faster and further
Mixed-Down To : Music from The Twilight Zone

Tu tu tu tu tu tu tu tu tup!
Jangan buka merbahaya
Tu tu tu tu tu tu tu tu tup!
Merbahaya kalau dibuka

Siapa itu mengetuk pintu
Ada saja datang mengganggu diriku
Siang dan malam tak kira waktu
Haru biru dalam jantungku

Tutup mata jangan tenguk yang angkara
Tutup telinga jangan dengar cerita dusta
Tutup mulut jangan bicara yang durjana
Tutup pintu di luar banyak hantu

Berhati-hati bila berkawan
Ada gunting dalam lipatan
Ada senyuman bermacam senyuman
Senyum manis madu berkuman

Hey hey hey hey hey hey
Hey hey hey hey hey hey

Hey aku jemu… aku jemu dengan gelagatmu
Hey bukan aku… bukan aku yang jadi mangsamu
Aku tak mahu mendengar rayumu
Engkau bagaikan onak sembilu…
Peracun kalbu

Jangan kau ketuk pintu rumahku
Aku takut dengan bayanganmu
Hidupmu palsu jiwamu kelabu
Lebih baik kau jadi hantu

Tutup lampu jimat tenaga dan wang ringgit
Tutup poket jangan belanja simpan duit
Tutup mata jangan tenguk yang angkara
Tutup telinga jangan dengar cerita dusta

Tutup mulut jangan bicara yang durjana
Tutup nafsu ikut rasa nanti binasa
Tutup pintu tutup lampu jangan termenung
Tutup tutup ada anjing sedang menggonggong

VO : Hoi! Tutup radio tu…
VO : Alamak!

Words and Song by:
Ali Sobree
August 1991 Kuala Lumpur