Hello… Adakah Sesiapa Di Sana

Hello… Siapa itu
Hello hello masihkah ingat pada diriku
Mengapa diam sahaja
Berapa kali ku cuba

Hello… dengarkanlah
Hello hello ku rasa resah aku gelisah
Angkatlah telefon itu
Ingin ku curahkan rindu

Malam yang panjang sedingin salji
Mencengkam hatiku yang beku kini
Ingin ku ceritakan semua kisah
Kerana kita jauh terpisah

Hello… Oh di mana
Hello hello adakah sesiapa di hujung sana
Biarkanlah ia berbunyi
Aku kan terus menanti

Malam yang panjang tiada penghujung
Menggenggam rinduku yang tinggi menggunung
Inginku bicara tentang asmara
Adakah sesiapa di hujung sana

Hello… kekasihku
Hello hello pilu hatiku rindu padamu
Tidakkah dikau peduli
Aku menanti di sini
Hello…

Words and Song by:
Ali Sobree
May 1984 Kuala Lumpur