Metropolis

Ku berjalan di bawah neon gemerlapan
Alangkah indahnya berkilau-kilauan
Ku terlihat seorang gadis menawan
Jelita bagaikan satu impian

Di sana di tempat yang penuh duri
Jelita melangkah menghilangkan diri
Mengapa semua harus terjadi
Mungkinkah kerana mengejar mimpi

Di malam yang dingin kelam
Asmara jadi buruan
Dalam hidup kegersangan

Adakah secebis cinta di hati
Untuknya jelita di malam hari

Beribu cerita telah tertulis
Di celah remang malam metropolis
Sengsara duka dan airmata
Harganya sebuah kehidupan kota

Antara noda dan dosa
Ada cerita derita
Penuh tanda-tanda tanya

Kau harus cuba mengerti
Semua yang telah terjadi
Mungkin kehendak sendiri

Metropolis kota idaman
Metropolis penuh cabaran
Metropolis lambang perjuangan
Metropolis kota impian
Metropolis…

Words and Song by:
Ali Sobree
January 1981 Kuala Lumpur