Inikah SebenarNya

Bila ku teringat dirimu
Masa silam pun datang bertamu
Ku pandang cermin terpaku di dinding
Terbayang wajah malam yang hening oh…

Kandil kemerlap menerangi kamarku
Terserlah duka kerana kata dan sikapmu
Tahukah kau erti cinta suci
Kekal abadi bersemadi di hati

Akukah dian yang membakar diri
Hilang diserap gelap yang berduri oh…
Engkaukah dewi pujaan berjuta
Pandanglah aku walau sekerdip mata oh…

Jalan berdebu bekas tapak kakimu
Kini terlindung rumput dan semalu
Dengarkanlah angin bercerita
Lupakah engkau kata yang tercipta oh…

Words and Song by:
Ali Sobree
October 1984 Kuala Lumpur