Mata Hati

Butakah matamu
Tak nampak cintaku
Butakah hatimu
Termangu antara waktu
Atau kau sememangnya begitu

Gemerlap kadangnya kaca
Bercahaya bukan permata
Indah hanya di mata
Dunia selalu berdusta
Janganlah engkau terpedaya

Mata hati jiwa nurani
Mata hati satu misteri

Emosi bukanlah cinta
Illusi membakar jiwa
Padamkan duka dan lara
Pendamkan resah sengsara
Hidupmu akan berbahagia

Gegaran cinta yang suci
Menerpa di dalam hati
Merentap jiwa yang sepi
Membara bagaikan api
Biarlah kekal dan abadi

Words and Song by:
Ali Sobree
September 1986 Kuala Terengganu